Kapur (geologi)
Kapur (geologi)

Kapur (geologi)

Kapur ialah nama untuk satu tempoh atau sistem geologi yang berlangsung dari kira-kira 145 hingga 66 juta tahun dahulu (jtd). Ia merupakan tempoh ketiga dan terakhir Era Mesozoik, serta yang paling lama antara tiga tempoh tersebut. Dengan sekitar 79 juta tahun julat tempohnya, ia menjadi tempoh geologi terpanjang dari keseluruhan eon Fanerozoik. Nama tempoh ini merupakan terjemahan langsung kepada padanan bahasa Inggeris "cretaceous" yang berasal dari bahasa Latin creta, "kapur", dan nama ini digunakan kerana terdapat banyak kapur ditemui pada separuh akhir tempoh tersebut. Nama tempoh ini biasanya disingkat K, untuk terjemahan perkataan Jerman Kreide (juga boleh dijadikan singkatan untuk "Kapur").Tempoh Kapur ini merupakan tempoh dengan iklim yang agak panas, mengakibatkan paras laut eustatik tinggi yang mewujudkan banyak laut pedalaman yang cetek. Lautan-lautan tersebut dihuni dengan reptilia marin, amonit dan rudista yang kini telah pupus, manakala dinosaur pada ketika itu masih bermaharajarela di daratan. Dunia sebahagian besarnya bebas daripada litupan ais, walaupun terdapat beberapa bukti tentang tempoh pengglasieran yang singkat semasa separuh pertama yang lebih sejuk, dan hutan meluas ke kutub. Pada masa ini, kumpulan mamalia dan burung yang baharu telah muncul. Semasa Tempoh Kapur Awal, tumbuhan berbunga muncul dan mula mempelbagaikan spesiesnya dengan pantas, menjadi kumpulan tumbuhan dominan di seluruh Bumi menjelang akhir Tempoh Kapur, bertepatan dengan kemerosotan dan kepupusan kumpulan gimnosperma yang meluas sebelum ini.Tempoh Kapur (bersama-sama dengan era Mesozoik) berakhir dengan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen, yang merupakan satu peristiwa kepupusan besar-besaran yang dahsyat dengan kematian pelbagai kumpulan haiwan, termasuk dinosaur bukan burung, pterosaurus, dan reptilia lautan yang besar. Kepupusan yang berlaku pada skala global ini dipercayai disebabkan oleh kesan asteroid besar yang membentuk kawah Chicxulub di Teluk Mexico. Penghujung Tempoh Kapur ini ditakrifkan oleh sempadan Kapur-Paleogen yang mendadak (sempadan K-Pg), yang merupakan tanda geologi yang dikaitkan dengan kepupusan besar-besaran yang terletak di antara Era Mesozoik dan Senozoik.

Kapur (geologi)

Kegunaan tempatan Global (ICS)
Keformalan nama Formal
Unit kronologi Tempoh
Jasad cakerawala Bumi
Unit stratigrafi Sistem
Skala masa yang digunakan Skala Masa ICS
Takrif sempadan atas Lapisan yang kaya dengan iridium yang berhubungkait dengan impak meteorit besar dan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen yang berikutan
Calon takrif sempadan bawah
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP 1991
Sempadan atas GSSP Keratan El Kef, El Kef, Tunisia
36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E / 36.1537; 8.6486
Keformalan jangka masa Formal
Takrif sempadan bawah Tidak ditakrifkan secara formal
Calon keratan GSSP sempadan bawah None

Rujukan

WikiPedia: Kapur (geologi) http://www.ucmp.berkeley.edu/mesozoic/cretaceous/c... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2008OrGeo..39..5... https://ui.adsabs.harvard.edu/abs/2003ESRv...62...... https://doi.org/10.1016%2Fj.orggeochem.2007.11.010 https://doi.org/10.1016%2FS0012-8252(02)00131-9 https://web.archive.org/web/20060716071827/http://... https://web.archive.org/web/20060824202146/http://... http://www.stratigraphy.org/gssp.htm http://www.ucm.es/info/estratig/vol31/10ovek.pdf https://archive.org/details/dynamicearthin00skin